piyoshowdown

Khamis, 26 Januari 2012

sweet angel............



errmm..hye korang...........apa kabar???aq harap korang sehat jew...hehe..

amacam????cute tak anime ni????hehe..aq minat sangat nagn animasi ni,,korang law ada gambar animasi yg comel2...kongsi le kat aq(hehe,,ktawa sambil wat muke cute)...



Khamis, 12 Januari 2012

cuba pak cik telepon Allah,,saya ke neraka ke berapa?


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar.
Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.
Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :
"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."
Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:
"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."
Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.
Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

BERUNTUNGLAH DIKAU WAHAI LELAKI


Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...

Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :-

Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik
Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda
Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia
Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin
Bidadari ni juga suci lagi menyucikan. Mereka tidak ada tempoh 'cuti' atau period.
Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
Mereka hanya akan membuaikan ucapan cinta yang tidak pernah anda dengari dimana-mana
Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda
Wangi nya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya..
Andai mereka mengeluarkan telapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk akan terpesona dengan keindahannya.
Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia

  "Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu waha Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"

 

Subhanallah,ya Allah indah nya ciptaan Mu untuk lelaki soleh...
"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..
Ada juga hadis yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang untuk setiap lelaki soleh..
"Wahai lelaki soleh ingatlah di Syurga anda akan dilayan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a).
Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidik nya dengan baik maka, isteri anda di syurga akan mendoakan kecelakaan terhadap isteri anda didunia tersebut.

Tidak kah anda mahu bidadari syurga seperti itu.Yang diciptakan khas untuk anda.

Kenikmatan yang anda miliki di syurga, tidak akan sama kenikmatan di dunia bersama isteri anda.

Malah lebih hebat lagi kenikmatan nya bersama isteri anda di syurga kelak...

Berusahalah wahai lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH.

Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang telah Tuhan ciptakan khas untukmu.

 Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda...

Rabu, 11 Januari 2012

ANTARA SOLAT DAN 'COUPLE'


Satu situasi yang kita lihat dalam kalangan remaja masa kini sama ada sedar ataupun tidak, adalah budaya'couple' yg begitu diangkat sebagai satu kewajipan berbanding SOLAT. Tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang ber'couple' ini juga menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun sebahagian besar daripadanya masih lalai daripada menunaikan solat. Apa yangg saya cuba sampaikan kali ini adalah berkenaan perkara yang WAJIB dalam hidup kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang remaja muslim.
Persepsi kebanyakkan remaja hari ini mengenai 'couple' adalah adalah 1 budaya yang menjadi kewajipan. Tanpa 'couple', seseorang itu dianggap tidak laku ataupun kolot, kerana tidak mahu bersosial dan sebagainya. Persepsi ini adalah salah sama sekali, bahkan dalam ISLAM sendiri tidak ada satu pun ayat AL QURAN yg mengangkat budaya couple ini sebagai perkara yg WAJIB.

Ada pun munculnya beberapa golongan yg menggunakan ayat Al Quran:
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dapat mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)."
 (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 49)
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan ayat ini bagi 'menghalalkan' tujuan untuk ber'couple'. Ayat ini juga digunakan untuk meminta nombor telefon supaya dapat berkenalan. Sama ada sedar atau tidak, perbuatan ini sudah menyalahgunakan AL QURAN utk kepentingan diri sendiri. Lihat sambungan ayat diatas:
"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata."
 (Surah Adz-Za'ariyat, ayat 50)
Dalam ayat ke 49 itu tadi, telah dinyatakan mengenai ciptaan ALLAH secara berpasangan agar dapat mengingati kekuasaan-NYA, bukan utk tujuan berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan semata-mata. Ayat ke 50 pula menyeru agar manusia bertaubat dan mentaati perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Ada pun perintah ALLAH dan Rasul-NYA (Nabi Muhammad Salallhu Alahi Wasalam) itu adalah WAJIB, salah satu daripadanya adalah SOLAT!

Tuntutan SOLAT dalam ISLAM

Mendirikan SOLAT (Menunaikan SOLAT) adalah perkara yg menjadi kewajipan bagi seorang muslim. Solat juga merupakan Rukun Islam yg kedua, iaitu selepas mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Solat juga merupakan perkara terpenting dalam membentuk peribadi diri seorang muslim. Perkara kebaikkan akan menjadi sia-sia sekiranya tidak menunaikan solat, kerana solat adalah nadi dan kunci bagi segala amalan kita di dunia ini.
Mari kita perhatikan ayat Al Quran yg berikut:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.".
(Surah Hud, Ayat 114)
Ayat ini menjadi dalil yang jelas menyatakan solat itu adalah WAJIB. Dan disambung pada ayat seterusnya:
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
ALLAH telah mengingatkan agar hamba-NYA bersabar dalam menunaikan kewajipan dalam agama dan tidak mengeluh dalam beramal. Dalam ayat 116 pula dingatkan agar kita tidak mencontohi umat terdahulu yg telah dibinasakan, walhal mereka itu mempunyai keupayaan untuk melarang org lain utk tidak melakukan mungkar.

Dalam ayat lain juga ada dinyatakan mengenai kewajipan solat ini:
"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
( Surah Al Isra', Ayat 78)
Perihal solat juga ada dinyatakan dalam hadith Rasulullah Salallahu Alahi Wasalam:
Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya:
“Bangunlah dan lakukan solat.” Maka baginda (Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam) melakukan solat Zuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Asar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Asar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Maghrib ketika matahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Isya` ketika syafaq (langit merah) menghilang. Kemudian waktu Subuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan solat.” Maka baginda melakukan solat Subuh ketika waktu fajar menjelang.
(Hadith Riwayat Ahmad, Nasai dan Tirmizi. )


Begitu jelas dan terang lagikan bersuluh mengenai SOLAT, seperti yang dinyatakan dalam AL QURAN dan Hadith. Solat adalah menjadi penyelamat kehidupan kita di dunia dan akhirat. Solat jugalah menjadi ikatan istimewa antara kita dengan ALLAH, Pencipta kita yang Agung. Fikirkan dahulu soal 'in a relationship' kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan diberikan pula olehnya seorang manusia yang menjadi teman 'in a relationship' untuk kita.Lebih manis lagi, ALLAH akan memberikan segala-galanya dengan keadaan HALAL selagi mana kita patuh dengan SYARIAT yang telah ditetapkan oleh-NYA.WALLAHUALAM :)